Ahad, 7 Oktober 2012

Laman Informasi Kuala Pilah

Kuala Pilah adalah merupakan salah satu daripada tujuh daerah yang terdapat di Negeri Sembilan iaitu Kuala Pilah, Jelebu, Johol, Tampin, Rembau, Port Dikson dan Seremban. Kedudukan Kuala Pilah adalah terletak dibahagian tengah Negeri Sembilan iaitu diantara Bahau dan Seremban.

Kuala Pilah terkenal sebagai pusat pelancongan kebudayaan dengan seni warisan Adat Perpatih dan merupakan "Bandar Diraja di Negeri Sembilan". Penduduknya masih berpegang pada adat perpatih terutamanya dalam hal-hal kemasyarakatan dan keseniannya dan ianya masih dikekalkan terkenal sehingga ke hari ini.


Bandar Kuala Pilah


Peta Kuala Pilah



View Larger Map

Pengangkutan Awam di Kuala Pilah

Kepada anda yang ingin berkunjung ke Kuala Pilah, terdapat beberapa jenis pengangkutan awam yang anda boleh gunakan. Bagi anda yang dari arah Seremban dan Bahau  boleh menggunakan perkhidmatan bas Transnasional dan Cityliner yang beroperasi dari jam 7:00 pagi hingga 9:00 malam ( Cityliner: 7:00 pagi - 7:00 malam). Selain itu terdapat perkhidmatan bas henti-henti United Bas yang beroperasi dari jam 7:00 pagi ke 7:00 malam di laluan Seremban - Kuala Pilah - Batu Kikir - Bahau.

Bagi anda yang datang dari arah Tampin, terdapat perkhidmatan bas syarikat Eng Giap dari Kuala Pilah ke Tampin yang juga beroperasi dari 7:00 pagi hingga 7:00 malam. Kepada anda yang ingin menggunakan perkhidmatan teksi (kereta sewa), perkhidmatan ini beroperasi dari jam 7:00 pagi hingga 5:30 petang. Talian telefon untuk perkhidmatan teksi di Kuala Pilah ialah 06-4811964.

Tempat-tempat untuk dilawati di Kuala Pilah

Istana Seri Menanti

Istana DiRaja Seri Menanti terletak di bandar Sri Menanti, Negeri Sembilan.  Istana ini diperbuat daripada kayu belian tanpa menggunakan sebarang paku. Dibina pada 1902, istana ini mempunyai ciri-ciri senibina Minangkabau yang unik. Warna hitam bangunan ini menjadikan ia kelihatan tersergam indah dari jauh. Bangunan ini mempunyai 99 tiang kayu keras dan ketinggiannya adalah 65 kaki.

Pelbagai motif bunga turut diukur pada kayu belian yang digunakan untuk membuat istana ini. Kini, istana yang dahulunya menjadi kediaman rasmi Raja telah dijadikan Muzium DiRaja khas. Orang ramai boleh mengunjungi pameran yang terdapat di sini. Mereka yang ingin mengetahui lebih dekat tentang kehidupan keluarga DiRaja bolehlah datang ke sini. Terdapat pelbagai bahan pameran seperti senjata api, pakaian serta dokumen berkaitan keturunan DiRaja Negeri Sembilan.





Bangunan Lama




Replika Dastar Yang Dipertuan Agung Pertama

Replika ini terletak di kilometer 15 Jalan Seremban – Kuala Pilah. Ianya direka bentuk oleh Dato Besar Mohd bin Ibrahim @ Dato Laksamana Suhur Tiga Batu dari Suku Tuga Batu sebagai tanda rasmi Tuanku Mohammad Ibni Almarhum Tuanku Antah sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dari tahun 1898 hingga 1933. Kini ia sebagai tanda perintangan rasmi untuk untuk memperingati Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung Malaysia yang pertama.


Makam Tun Tulis

Tun Tulis atau Tuan Tulis adalah gelaran kepada seorang ulama Negeri Sembilan yang bernama Haji Ismail Bin Hussein. Beliau berasal dari Kampung Kuala Talang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau dilahirkan pada 1840an dan meninggal dunia pada tahun 1923. Tun Tulis adalah seorang anak muda yang miskin tetapi penuh semangat untuk menuntut ilmu agama. Kerana kemiskinannya, beliau tidak mampu untuk membeli buku. Oleh itu, beliau meminjam buku dari rakan-rakannya dan menyalin buku itu dengan tulisannya sendiri. Dari situ rakan-rakannya mengelarkannya dengan gelaran Ismail Tulis. Selepas perguruannya, beliau tidak henti-henti menulis kitab sehinggalah orang kampung menggelarkannya Tuan Tulis. Selepas beliau meninggal dunia, Yang Dipertuan besar Negeri Sembilan mentitahkan agar dibina bangunan di makam Tun Tulis dan bangunan tersebut kekal hingga ke hari ini.


Masjid India




Masjid Yam Tuan Radin



Mercu Tanda Sempadan




Tapak Megalitik

Penemuan batu megalitik di sekitar negeri ini merupakan tanda-tanda perkembangan penempatan masyarakat awal di Negeri Sembilan. Batu-batu megalitik yang merupakan monumen bersejarah itu turut digunakan sebagai tempat masyarakat dahulu berkumpul dan mengadakan persembahan tradisi untuk tujuan riadah. Antara tapak megalitik yang dikenal pasti di sekitar negeri ini ialah Pengkalan Kempas, Kuala Pilah, Kampung Ipoh dan Pulau Sebang di Tampin, Lembah Terachi, Kuala Pilah, Kampung Gedang, Kampung Padang Lebar, Kampung Kundangan Kiri, Kampung Masjid, Kampung Parit Tengah dan Kampung Talang - kesemuanya dalam mukim Terachi (Tampin-Kuala Pilah).


Tugu Lister




Kampung Budaya, Terachi



    

Destinasi Untuk Rekreasi

Kelab Golf Diraja Seri Menanti

Beralamat di Kelab DiRaja Seri Menanti, Istana Alam Shah, 71550 Seri Menanti, Negeri Sembilan kelab ini terletak 25 km dari Seremban dan 11 km dari Kuala Pilah. Kelab ini diasaskan oleh oleh Yang Dipertuan Besar negeri Sembilan, Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Dengan pertolongan dari Donald Steel, arkitek Inggeris kelab ini dibina pada 1981. Padang golf di kelab ini mempunyai keluasan seluas 28.70 hektar.

 

Hutan Lipur Jeram Tengkek

Hutan lipur ini terletak di Hutan Simpan Serting iaitu kira-kira 30 minit dari pekan Batu Kikir. Hutan Dipterokarp Pamah ini kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan dan landskap batu-batan yang pelbagai bentuk. Sungai Jempol dan Sungai Tanun mengalir membentuk jeram semulajadi yang sesuai untuk aktiviti berkelah. Disamping itu, di sini juga terdapat perkampungan Orang Asli untuk dilawati.

 


Hutan Lipur Ulu Bendul

Hutan Lipur ini dibangunkan pada tahun 1871 oleh Tuan Tulis dan dijadikan sebagai tempat ibadat. Pada tahun 1920an, tempat ini dijadikan kawasan riadah iaitu rumah rehat dan ladang kuda. Hutan lipur ini terletak di KM 20 Jalan Seremban - Kuala Pilah di dalam Hutan Simpan Angsi. Ia mengambil masa kira-kira 20 minit dari bandar Seremban. Di sinilah terletaknya Gunung Angsi setinggi lebih kurang 825 meter dari aras laut dan ia boleh didaki dengan menyusuri Sungai Batang Terachi. Landskap semulajadi di sini menjadikannya unik untuk mandi-manda dan sesuai bagi aktiviti lasak, berkelah, berkhemah dan bersiar-siar.





Lokasi Membeli-belah

Bagi anda yang ingin membeli-belah, di Kuala Pilah terdapat beberapa destinasi membeli-belah utama yang menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk membeli barangan keperluan harian. Di antaranya adalah seperti dalam gambar di bawah.

Gedung Sri Minang
Jalan Perpateh
72009 Kuala Pilah
Negeri Sembilan

Pasaraya Aktif Kuala Pilah
No. 1334, Jln Bahau Km 1,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan

Econsave Kuala Pilah
PT 9, Komplek Wira Jaya
Pusat Komersial Melang
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan

Kedai Rakyat 1 Malaysia
Kawasan Perusahaan Dioh,
Pusat Perniagaan Square,
70200 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan

Tempat-tempat  Penginapan

Sekiranya anda bercadang untuk bermalam di Kuala Pilah, terdapat beberapa tempat penginapan yang boleh anda pilih, sesuai dengan bajet dan keperluan anda.

Rumah Rehat Kuala Pilah

Rumah Rehat Kuala Pilah dibuka pada pada 2 Mei 1992. Mempunyai 10 bilik dan 4 chalet. Pada hari biasa, 1 bilik akan dikenakan bayaran RM70 dan chalet akan dikenakan bayaran RM180 manakala pada hari cuti 1 bilik akan dikenakan bayaran RM80 manakala chalet akan dikenakan bayaran RM200.

Rumah Rehat Kuala Pilah
Jalan Bukit,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan.
Tel: 06-4811018
 

Kampungstay Laman Ejo

Mempunyai 2 buah banglo yang diberi nama (Banglo Fucida dan Banglo Santalia) dibina bersebelahan antara satu sama lain di atas tanah seluas 1.2 ekar pada tahun 2008. Boleh digunakan untuk menjalankan bermacam-macam aktiviti. Juga terdapat sebuah blok dormitory yang diberi nama Dorm Rubella yang mana boleh menampung seramai 24 orang.



Kampungstay Laman Ejo
Kg Tengah Palang Sri Menanti
72550 Sri Menanti
Negeri Sembilan.
Tel: 012-3998793

Kg. Stay Warisan

Pengunjung ke Kg Stay boleh memilih menduduki empat jenis rumah iaitu, rumah Kg Stay, rumah kotej batu-bata (Brick Cottage House), Pondok Kg Stay dan asrama (dormitory).

Kg.Stay Warisan
No 99, Kg Padang Lebar,
Batu Kikir,
72200 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan.
Tel: 03-42805008

Homestay Laman Bangkinang

Homestay Laman Bangkinang terletak di dalam Mukim Ulu Jempol,adalah salah satu daripada beberapa program homestay yang sangat popular di Negeri Sembilan dan ianya berkonsepkan kehidupan kampung tradisi dan warisan budaya berlandaskan Adat Perpatih.

Homestay Laman Bangkinang
No. 8888, Kampung Tapak,
72200 Batu Kikir,
Negeri Sembilan
Tel:012-2752234
         

Hotel Desa Inn


Hotel Desa Inn.
No. 745, Jln Dato' Abd Manap,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan
Tel: 06-4818107

Melang Inn


Melang Inn
PT 1,Jalan Melang
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan.
Tel: 06-4811511
 

Tempat  Menjamu Selera

Bagi anda yang ingin menjamu selera di Kuala Pilah, ia bukanlah sesuatu yang sukar. Terdapat banyak restoran dan gerai makanan yang menyajikan pelbagai hidangan yang pastinya menyelerakan. Medan Selera Kuala Pilah, Amirul Tomyam, Kak Lang D'Rimba dan Restoran Warisan adalah antara beberapa nama yang menjadi destinasi pilihan bagi yang ingin menjamu selera.





Dari Penulis:
Maklumat di dalam halaman ini ditulis semula sebagai rujukan untuk diri sendiri dan juga sebagai panduan kepada rakan-rakan yang ingin mendapatkan maklumat mengenai Kuala Pilah. Semoga halaman ini juga dapat memberikan sumbangan dalam meningkatkan industri pelancongan di Daerah Kuala Pilah. Sekalung terima kasih kepada Majlis Daerah Kuala Pilah di atas sumber maklumat yang berguna.